Ancient Hieroglyphics

Ancient Hieroglyphics

Thursday, 11 June 2015

Senarai Kota-Kota Lama Di Kelantan

1) KOTA TEGAYONG
    Terletak di Ketereh. Diasaskan oleh Cik Siti Wan Kembang (1610 M– 1677M). Kota ini dinamakan sempena nama Pokok Tegayong. Dalam Kota ini Cik Siti Wan Kembang telah membina sebuah Taman Bunga yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong. Taman ini sekarang terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

2) KOTA JELASIN
    Merupakan sebuah Mukim dalam Daerah KOTA. Dibina oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong. Tapak Kota Jelasin sekarang adalah di Stesen RTM Kota Bharu. Kampong Kota berhampiran Wakaf Che Yeh sekarang mendapat namanya daripada Kota Jelasin.

3) KOTA MAHLIGAI
    Terletak di Bukit MarakDiasaskan oleh Raja Abdullah dan Puteri Saadong. Kota ini dibina setelah Kota Jelasin di Serang oleh angkatan SIAM. Disinilah berlakunya kisah yang menyayat hati, iaitu kisah Puteri Saadong dan suaminya Raja Abdullah.

4) KOTA SENANG
    Terletak di Kampung Senang, Kota Bharu. Diasaskan oleh Sultan Omar (1686M). Kota ini kemudiannya diserahkan kepada Long Bahar (Tuan Besar) yang telah dikahwinkan dengan Raja Pah iaitu puteri Sultan Omar.


5) KOTA TERAS
    Terletak di Kampung Teras, Kota BharuDibina oleh Raja Kecil Sulong setelah kemangkatan Sultan Omar. Kota ini dibina berhampiran dengan Kota Jembal. Raja Kecil Sulong mangkat (1725M) setelah lima tahun memerintah. Kota ini dinamakan Kota Teras ekoran bahan senibinanya yang diperbuat daripada teras kayu tembesu.


6) KOTA KUBANG LABU
    Terletak di Wakaf Bharu, TumpatDiasaskan oleh Tuan Besar Long Bahar, menantu Sultan Omar. Setelah kemangkatan Sultan Omar, Long Bahar telah dilantik sebagai Sultan   Kelantan kerana Raja Kecil Sulong enggan mengambil tampuk pemerintahan Sultan Omar. Kota ini seterusnya diserahkan kepada putera baginda iaitu Long Sulaiman (dengan isteri baginda dari Patani)


7) KOTA RAJA SALOR
    Terletak di Salor, Pasir MasTiada fakta yang jelas tentang Raja Salor ini, ada yang mengatakan bahawa Raja Salor ini adalah keturunan Long Yunus. Ada juga yang meriwayatkan Raja Salor ini berasal dari Patani dan mendapat keizinan dari pemerintah Kelantan untuk bermukim dan membina kota berhampiran sungai di Salor itu. Namun, kota ini telah dimusnahkan oleh pemerintah pada masa tersebut ekoran dari peristiwa “Laga Lembu”...

8) KOTA LIMBAT
    Terletak di Limbat. Kota Limbat adalah merupakan pusat pemerintahan bagi Long Ghaffar setelah baginda memenangi peperangan di Kota Kubang Labu. Setelah kemangkatan Long Ghaffar, anakanda baginda iaitu Tengku Long Seri (Ku Sri Mas) telah memindahkan pusat pentadbiran ke Jeram di Pasir Puteh sekarang ini. Pada masa yang sama juga, Kota Bharu menjadi pusat pemerintahan bagi Long Yunus, menjadikan zaman ini negeri Kelantan dikenali sebagai “Negeri yang Dikerat Lintang” ekoran ia ditadbir secara bersama oleh dua orang pemerintah iaitu Long Ghaffar dan Long Yunus...

No comments:

Post a Comment