Apa itu Cakera Dropa?? Ia adalah sejenis alat berbentuk bulat seakan cakera padat (CD) yang ditemui dalam sebuah gua di kawasan pergunungan Bayan Kara-Ula, China, pada tahun 1938M.. Objek ini menjadi misteri apabila kajian mendapati ia dihasilkan pada 12, 000 tahun lalu malah catatan tulisan rahsia yang tertera di atasnya menceritakan suatu peristiwa yang sangat mengejutkan!! Tulisan aneh pada cakera itu hanya berjaya dirungkai selepas 20 tahun penemuannya dan ia kononnya menceritakan bahawa pernah wujud koloni entiti asing di kawasan pergunungan itu pada puluhan ribu tahun lalu.
Kewujudan Cakera Dropa ini terus menimbulkan tanda tanya di kalangan ramai pihak terutamanya penyelidik tatkala memikirkan logik di sebalik cerita yang ditulis itu.. Jika benar pernah wujud koloni entiti asing di pergunungan itu, di manakah mereka berada sekarang?? Malah para pengkaji juga turut bingung bila memikirkan tujuan apakah cakera itu dibina dan daripada bahan apakah ia dihasilkan? Sehingga ke tahun 1965M, penerokaan dan proses mencari gali yang berterusan yang dilakukan oleh penyelidik di dalam gua itu berhasil menemui sehingga 716 cakera Dropa di dalamnya..
Mengikut cerita, cakera Dropa mula ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi yang sedang menjalankan kerja mencari gali di dalam sebuah gua di pergunungan Bayan Kara-Ula pada tahun 1938M.. Pada mulanya, kumpulan arkeologi berkenaan cuma menemui kawasan perkuburan purba yang dihasilkan dengan amat teratur di dalam gua tersebut.. Penelitian lebih lanjut mendapati terdapat tulang rangka yang mirip dengan rangka manusia di dalam kubur itu. Pada masa itu salah seorang penyelidik mengandaikan tulang rangka yang ditemui itu adalah tulang spesies baru gorila gunung yang masih belum dijumpai ekoran selepas mendapati tulang-tulang tersebut agak berlainan berbanding rangka manusia biasa. Namun andaian itu disanggah oleh rakannya yang lain, iaitu ketua ekspedisi, Prof. Chi Pu Tei dengan hujahnya, jikalau tulang rangka itu milik gorila, mana mungkin mereka bisa mengebumikan gorila yang lain, Ini kerana baginya, kubur yang disusun dengan begitu teratur ini hanya mampu dihasilkan oleh makhluk yang mampu berfikir sama seperti manusia.. Selepas menemui kubur itu, penelitian terus dilakukan dan ketika itulah pandangan penyelidik menangkap beberapa lukisan aneh antaranya matahari, bulan dan sebuah planet misteri yang dihubungkan dengan garis bertitik, tertera di dinding gua tersebut.
Selain lukisan aneh, penyelidik turut menjumpai beberapa objek aneh berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya, tidak jauh daripada kubur berkenaan. Objek cakera itu memiliki ukuran diameter 20 sentimeter dan ditutupi lapisan debu ketika ditemui. Cakera itu kemudian diambil dan debu di atasnya dibuang dan ketika itu penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa goresan yang menyerupai tulisan kecil diatasnya. Kehairanan semakin menyelubungi penyelidik tersebut kerana TULISAN ITU DIPERCAYAI TIDAK PERNAH WUJUD DALAM MANA-MANA BUDAYA SEBELUM INI. Penemuan cakera purba aneh dalam gua di pergunungan Bayan Kara-Ula menyebabkan ia dibawa ke makmal saintifik untuk dikaji bagi membongkar pelbagai misteri yang menyelubunginya. Selepas sekian lama dikaji, hasil yang diperolehi sangat mengejutkan di mana mendapati cakera tersebut dihasilkan sekitar 12,000 tahun lalu.. Kajian lebih lanjut yang dilakukan oleh seorang penyelidik Russia, W Saitsew terhadap cakera tersebut telah menemui teori yang lebih membingungkan di mana mengikut penelitiannya, cakera itu dipercayai berfungsi sebagai komponen litar elektrik yang dihasilkan daripada campuran kobalt dengan sejenis BESI MISTERI YANG TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI.. Mana mungkin pada 12,000 tahun lalu, sudah ada komponen litar elektrik?? Sungguh misteri dan membingungkan sesiapa yang menyelidikinya..

No comments:
Post a Comment