Apakah itu Atlantis? Ia dikatakan adalah satu tamadun hebat dan sangat maju yang pernah wujud kira-kira 11,000 tahun yang lalu di suatu lokasi rahsia tetapi secara tiba-tiba ia terus ghaib secara misteri dari muka bumi.. Kehilangannya menyebabkan Atlantis kini terus menjadi satu daripada misteri yang mengelirukan pengkaji dan orang awam lantaran tiada sebarang petanda jelas atau artifak tinggalannya yang berjaya ditemui bagi membuktikan kesahihan kewujudan tamadun purba tersebut. Kehilangannya telah mencetuskan tanda tanya yang berterusan dan dengan meneliti pelbagai lokasi pada bulatan glob bumi, pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis sebelum ia tiba-tiba ghaib. Kenapakah penemuan Atlantis ini sangat penting bagi tamadun manusia kini?? Ini kerana harapan untuk menemui kesan peninggalannya amat besar ertinya kepada perkembangan dunia sains, teknologi dan kemanusiaan pada hari ini. Malah dikatakan lagi, sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan Atlantis bakal menjadi individu atau pihak PALING BERKUASA di muka Bumi!!! Ini kerana tamadun purba ini dikatakan memiliki teknologi yang MUNGKIN setanding atau LEBIH canggih berbanding keupayaan teknologi yang dicapai dunia sains moden pada masa kini.. Namun sejauh manakah kebenaran semua ini???
Jika kita meninjau sejarah dan berita berhubung kehebatan Atlantis, pasti ia membuatkan ramai pihak berfikir dua kali kerana sebelum ini, kita dimaklumkan bahawa sains dan teknologi baru sahaja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu manakala dunia pada sebelum itu adalah kuno dan purba!!! Akan tetapi cerita mengenai keadaan di Atlantis seolah-olah menggambarkan bahawa pada 11,000 tahun lalu, sudah ada dunia maju yang mungkin setanding bahkan lebih hebat dari sekarang!! Justeru, penemuan Atlantis diharap dapat membongkar pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini tetapi ia sudah dicapai penduduk tamadun yang dikatakan wujud lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Greek, Indus dan Inca. Para pengkaji juga terus berharap agar mereka dapat menemui punca atau misteri yang menyebabkan Atlantis terus ghaib dari muka Bumi ini selepas begitu lama tamadun berkenaan maju dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi.
Jika kewujudan Atlantis ini benar bagaimanakah pula pandangan mengenainya dari sudut keagamaan pula, khususnya Islam? Sehingga kini tidak ramai sarjana Islam yang membicarakan tentang isu Atlantis.. ramai antara mereka yang mengatakan Atlantis ini hanyalah dongengan atau rekaan pihak barat sahaja.. Namun apakah ini semua seperti yang diperkatakan oleh mereka? Bagi kami, kewujudan Atlantis itu mungkin ada benarnya dan kami tidak menolak mentah-mentah akan kewujudannya kerana beberapa faktor yang kami pegang dan yakini.. Seperti diketahui umum ilmu yang kita yakni manusia miliki ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ilmu Allah swt.. ilmu Allah swt diibaratkan seperti tujuh buah lautan dan ilmu manusia hanyalah setitis daripada lautan-lautan tersebut.. begitulah perumpamaannya perbandingan antara ilmu kita dengan pencipta kita.. lagi pun banyak lagi rahsia alam yang kita tidak ketahui.. Persoalannya lagi, jika benar Atlantis itu wujud maka adakah mereka itu juga dari bangsa manusia ataupun bukan? Jika Atlantis itu wujud kenapa orang purba yang dikatakan belum mengenal teknologi itu mampu membina tamadun yang sebegitu maju? Apakah rahsianya??
Dalam sejarah kita diajar yang teknologi moden hanya mula berkembang sekitar 1,000 tahun yang lalu.. Ini bererti sebelumnya manusia belum lagi mengenal istilah teknologi.. Dalam sejarah juga kita turut diajar yang kewujudan tamadun manusia hanya bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 SM dan pada masa kewujudan awal tamadun manusia itu dikatakan yang manusia belum lagi meneroka ilmu sains dan teknologi dengan mendalam.. Tetapi apakah semua ini benar?? Bagaimana jika kami katakan yang kita MUNGKIN ditipu dan sejarah yang diajar kepada kita selama ini adalah SALAH?? Bagaimana jika kami katakan yang manusia purba itu tidaklah se-primitif yang disangkakan.. Pada hari ini kita banyak mempelajari sejarah dari sumber-sumber barat dan hanya mengiyakan sahaja pendapat mereka.. Sumber barat selalu mengatakan yang manusia awal purba itu tidak bertamadun, hidup di dalam gua, tidak mempunyai pengetahuan tentang penulisan dan sebagainya.. Justeru itu wujudlah teori fasa-fasa pertumbuhan manusia seperti zaman paleolitik, mesolitik, neolitik dan logam yang kini menjadi pegangan ramai pengkaji sejarah di seluruh dunia.. Tetapi sebanyak manakah kebenarannya??
Dalam Al-Quran jelas menceritakan sewaktu Nabi Adam a.s berada di syurga lagi, baginda sudahpun memiliki ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan ianya diajar oleh Allah s.w.t sendiri kepadanya. Selepas diturunkan di dunia pula, banyak sekali riwayat tentang Nabi Adam a.s dan isterinya, iaitu Siti Hawa dari aspek pemakaian mereka, rutin hidup mereka, sistem kekeluargaan mereka, corak penempatan mereka, cara pemakanan mereka dan sebagainya.. Dan dari riwayat-riwayat itu TIADA SATU pun yang menunjukkan Nabi Adam a.s serta isterinya HIDUP DALAM SUASANA PRIMITIF iaitu tidak tahu berbicara,hidup di dalam gua dan sebagainya sebaliknya riwayat menunjukkan yang mereka berdua hidup dalam suasana yang normal sahaja.. Tambahan lagi di dalam Al-Quran juga ada menceritakan tentang insiden antara kedua-dua putera Nabi Adam a.s iaitu Habil dan Qabil.. diringkaskan mereka berdua telah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mempersembahkan korban demi menguji ketaatan mereka berdua.. dalam kisah itu diceritakan lagi bahawa salah seorang telah mempersembahkan korban berupa tanam-tanaman manakala seorang lagi telah mempersembahkan korban berupa haiwan-haiwan ternakan.. Di sini jelas menunjukkan yang pada zaman Nabi Adam itu sendiri, manusia SUDAHPUN MENGENAL BIDANG PERTANIAN DAN PENTERNAKAN.. jika manusia generasi pertama sudahpun mengenal pengetahuan sedemikian adakah logik mengatakan yang manusia purba itu tidak berilmu dan hidup dalam keadaan primitif?? Seterusnya pada zaman Nabi Nuh a.s pula, jelas dinyatakan di dalam Al-Quran yang baginda telah membina sebuah kapal sebagai persiapan menghadapi bencana yang akan menimpa kaumnya.. Tambahan lagi semasa baginda membina kapal tersebut, kaum baginda mengejeknya dengan menuduh baginda gila dan sebagainya kerana mereka mengatakan kapal adalah untuk belayar di lautan dan bukannya di daratan.. Pointnya di sini, pada zaman itu manusia SUDAHPUN MENGENAL TEKNOLOGI PERKAPALAN kalau tidak masakan kaum Nabi Nuh mengatakan kapal sepatutnya belayar di laut dan bukannya di darat.. jadi ini jelas menunjukkan yang mereka tahu apa fungsi kapal tersebut, justeru apakah benar manusia purba itu tidak berilmu dan primitif seperti yang disangkakan? Jika benar mereka sedemikian maka sudah tentulah kaum Nabi Nuh sendiri akan terpinga-pinga atau tertanya-tanya apakah benda yang sedang dibina oleh Nabi Nuh itu.. Sebaliknya mereka mengejek baginda kerana membina kapal di tengah-tengah daratan membuktikan yang mereka sememangnya sudah pun terdedah dengan ilmu pengetahuan tentang teknologi perkapalan..
Al-Quran memang merupakan sebuah kitab agung yang sangat unik di mana isi kandungannya tentang manusia purba adalah amat berlawanan sekali dengan sumber-sumber yang datang dari barat.. Jadi dengan bukti-bukti ini maka tidak hairanlah jika kami mempercayai akan kewujudan kota Atlantis itu.. Tapi yang menjadi persoalan pula, jika benar manusia purba sudahpun maju maka kenapa selepas itu manusia menjadi mundur pula?? Persoalan ini sememangnya menarik dan kami juga tidak menafikan kesahihannya.. Mengikut pandangan kami umat manusia ini berpecah kepada dua era, iaitu era sebelum banjir besar dan era selepas banjir besar.. Kami berpendapat kota purba Atlantis itu wujud sebelum era banjir besar melanda.. dan kami berpendapat banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh a.s itu sebagai garis pemisah antara dua zaman berbeza di mana tamadun purba yang gah pernah dibina pada zaman itu telah habis dimusnahkan serta diranapkan dari muka bumi ekoran kekufuran mereka kepada Allah s.w.t dan selepas banjir itu surut, manusia telah bermula semula dari awal dalam aspek tamadun, teknologi dan sains.. Bagaimanapun ini semua hanyalah sekadar teori dari kami dan ia masih memerlukan kajian yang sangat mendalam untuk menentukan kesahihannya.. Dan hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui Akan Segala-galanya..
No comments:
Post a Comment