Di Asia Tenggara,pada masa kini hanya terdapat tiga bangsa sahaja yang masih mempunyai institusi raja yang berdaulat,dan diiktiraf dalam perlembagaan negara dan sekaligus oleh dunia.
1) Bangsa Khmer (Kemboja)
Institusi raja mereka bermula ketika kerajaan Chenla terbentuk secara rasmi pada tahun 550 M selepas kejatuhan kerajaan Funan,walaupun ada sarjana mengatakan tarikh penubuhannya seawal Funan,namun Funan sendiri masih lagi menjadi perdebatan,sementara kerajaan Chenla pula memang disahkan sebagai negeri orang Khmer. Raja pertama mereka,Bhavavarman I itupun diyakini adalah cucu kepada Rudravarman, maharaja terakhir kerajaan Funan. Bhavavarman I mengahwini puteri Chenla dan bersekongkol dengan Chenla untuk menjatuhkan Funan. Setelah itu,Funan telah diserap ke dalam Chenla namun empayar Funan yang besar itu tidak mampu ditadbir oleh Chenla sehingga ianya telah terpecah menjadi Chenla Laut dan Chenla Darat. Era keemasan mereka sudah tentu kegemilangan Angkor. Raja-raja seperti Suryavarman I,Suryavarman II dan Jayavarman VII adalah antara raja-raja yang terkenal. Empayar ini diasaskan oleh Jayavarman II yang dibesarkan di dalam istana Sailendra di Jawa. Sailendra adalah salah sebuah dinasti Melayu yang menjadi kelas pemerintahan Srivijaya. Raja orang-orang Khmer sekarang ialah Norodom Sihamoni...
2) Bangsa Thai (Thailand)
Sejarah institusi raja-raja mereka bermula ketika negeri Sukhotai terbentuk di dalam wilayah empayar Khmer. Si Intharathit iaitu pengasas Sukhotai,adalah ketua wilayah Bang Yang (di Thailand kini) iaitu sebuah wilayah Khmer semasa pemerintahan Indravarman II. Dia telah memberontak dan menubuhkan Sukhotai pada tahun 1238 Masehi.Di utara terdapat kerajaan Lanna yang ditubuhkan oleh Mangrai,raja Tai Yuan namun sejarah Lanna masih dikaitkan dengan etnik-etnik selatan China seperti negeri-negeri Shan,dan tidak kepada identiti Thailand pada hari ini. Identiti bangsa Thai banyak dibentuk oleh dua kerajaan ini;Sukhotai dan Ayutthaya. Sukhotai mula membentuk identiti mereka setelah mencapai utara Segenting Kra iaitu wilayah negeri-negeri Melayu di Indochina. Mereka telah mencedok agama Buddha Theravada dari Sri Dharmaraja/Ligor, sebuah negeri Melayu yang berpaksikan gaya sarjana Buddha dari Sri Lanka. Sukhotai telah dikalahkan oleh Ayutthaya yang juga meranapkan Lanna dan menjadi kuasa baru di Indochina, hanya boleh disaingi oleh Burma di sebelah barat. Ayutthaya telah menyambung kepada kerja-kerja Sukhotai, iaitu membina identiti Thai yang baru dan ini mencapai kemuncaknya apabila menjarah Angkor dan membawa beribu-ribu artisan,penari dan pujangga Angkor ke Ayutthaya. Bahasa istana Thailand sehingga ke hari ini adalah dalam bahasa Khmer Kuno. Raja Thailand sekarang ialah Bhumibol Adulyadej.
3) Bangsa Melayu (Nusantara)
Merupakan institusi beraja tertua mengatasi kedua-duanya di atas, orang-orang Melayu telah mengekalkan sejarah raja-raja mereka sehingga ke hari ini di Malaysia dan Brunei. Tidak diketahui dengan tepat bilakah institusi raja-raja Melayu bermula kerana sejarah politik Melayu berselerak di dalam sejarah kewujudan Malay city-states yang seakan sama dengan sejarah Babilon,Greek dan Phoenicia. Bukan sahaja di kepulauan malah di Indochina sendiri, negarakota-negarakota Melayu wujud beriringan dengan Pyu city-states dan Mon city-states. Sarjana Tamil mengatakan sejarah perdagangan mereka dengan negeri-negeri Melayu adalah seawal 300 tahun Sebelum Masehi,manakala sarjana Khmer mencatatkan kewujudan raja-raja Melayu seawal era Funan. Raja-raja Melayu pernah bersatu di dalam dua persekutuan besar (setakat yang diiktiraf sarjana) iaitu Srivijaya, empayar maritim legenda Asia Tenggara dan Langkasuka, sebuah liga politik yang mencapai negeri-negeri Mon di Pegu (Lower Burma) sehingga ke Kedah. Selepas era Srivijaya,sejarah Malay city-states bertukar kepada konsep negeri-negeri Melayu yang mempunyai sultan masing-masing dan ini termasuklah di Sumatera dan Brunei. Institusi raja-raja Melayu tetap bertahan semasa gelombang imperialisme dan survive sehingga ke hari ini dalam beberapa siri peperangan diplomasi yang dasyat. Institusi ini adalah yang tertua di Asia Tenggara dan kesultanannya antara yang tertua di dunia, setanding dengan raja-raja Yaman dan institusi emir (emirate) di Asia Barat. Kesultanan Kedah dikatakan merupakan kesultanan Melayu yang tertua di dunia... Pada hari ini,Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, iaitu Sultan Kedah yang mewakili 9 pemerintah negeri-negeri Melayu lain di Malaysia manakala di Brunei pula kini ia di bawah pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah,Sultan Brunei...
No comments:
Post a Comment