Ancient Hieroglyphics

Ancient Hieroglyphics

Tuesday, 23 June 2015

Kisah Nabi Musa a.s Dengan Anak Yang Taat

      Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
     Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. 
    Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t . Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Monday, 22 June 2015

DIALOG RASULULLAH S.A.W DAN IBLIS/LUCIFER


      Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disuka mahupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai bagi umat manusia. Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahsiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.
     Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.
    Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku karena engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”. Kemudian Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”. Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.
Pertanyaan Nabi (1) :
“Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?”
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”.
Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar karena ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu.
Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.
Pertanyaan Nabi (2) :
“Hai Iblis! Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?”
Jawab Iblis : “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.
Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka sadar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa ria’, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.
Pertanyaan Nabi (3) :
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?
Jawab Iblis : “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya.
Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh karena itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikaruniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.
Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran.
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diijinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahasia karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.
Pertanyaan Nabi (4) :
Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?”
Jawab Iblis : “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauanku”.
Pertanyaan Nabi (5) :
“Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya.
Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain.
Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.
Pertanyaan Nabi (6) :
“Jika umatku membaca Al-Qur’an karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Jika mereka membaca Al-Qur’an karena Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”.
Pertanyaan Nabi (7) :
“Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis : “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”.
Pertanyaan Nabi (8) :
“Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis : “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”.
Pertanyaan Nabi (9) :
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawab Iblis : “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”.
Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu.
Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah seluruh tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan : “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.
Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu karena lidahnya senantiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan : “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”.
Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernak menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata : “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”.
Pertanyaan Nabi (10) :
“Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?”
Jawab Iblis : “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal saleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat, maka akupun bersuka cita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku ajak kemana saja mengikuti kemauanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tidak pernah beramal saleh, tidak mau mengeluarkan zakat dan malas beribadah.
Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”.
Pertanyaan Nabi (11) :
“Siapa yang serupa denganmu?”
Jawab Iblis : “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”.
Pertanyaan Nabi (12) :
“Siapa yang membuat mukamu bercahaya?”
Jawab Iblis : “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”.
Pertanyaan Nabi (13) :
“Apa yang kau rahasiakan dari umatku?”
Jawab Iblis : “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca do’a terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari”.
Pertanyaan Nabi (14) :
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?”
Jawab Iblis : “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca do’a pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan, tidaklah mereka merasa kenyang”.
Pertanyaan Nabi (15) :
“Apa yang dapat menolak tipu dayamu?”
Jawab Iblis : “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”.
Pertanyaan Nabi (16) :
“Siapakah orang yang paling engkau sukai?”
Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”.
Pertanyaan Nabi (17) :
“Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”
Jawab Iblis : “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat”.
Pertanyaan Nabi (18) :
“Apa yang dapat membinasakan dirimu?”
Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan sholat tengah malam”.
Pertanyaan Nabi (19) :
“Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.
Pertanyaan Nabi (20) :
“Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapaknya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.
(Dikutip dari : KH. Abdullah Gymnastiar, Muhasabah Kiat Sukses Introspeksi Diri, Penerbit Difa Press, September 2006)

Friday, 12 June 2015

Misteri Cakera Dropa 1


   Apa itu Cakera Dropa?? Ia adalah sejenis alat berbentuk bulat seakan cakera padat (CD) yang ditemui dalam sebuah gua di kawasan pergunungan Bayan Kara-Ula, China, pada tahun 1938M.. Objek ini menjadi misteri apabila kajian mendapati ia dihasilkan pada 12, 000 tahun lalu malah catatan tulisan rahsia yang tertera di atasnya menceritakan suatu peristiwa yang sangat mengejutkan!! Tulisan aneh pada cakera itu hanya berjaya dirungkai selepas 20 tahun penemuannya dan ia kononnya menceritakan bahawa pernah wujud koloni entiti asing di kawasan pergunungan itu pada puluhan ribu tahun lalu.
    Kewujudan Cakera Dropa ini terus menimbulkan tanda tanya di kalangan ramai pihak terutamanya penyelidik tatkala memikirkan logik di sebalik cerita yang ditulis itu.. Jika benar pernah wujud koloni entiti asing di pergunungan itu, di manakah mereka berada sekarang?? Malah para pengkaji juga turut bingung bila memikirkan tujuan apakah cakera itu dibina dan daripada bahan apakah ia dihasilkan? Sehingga ke tahun 1965M, penerokaan dan proses mencari gali yang berterusan yang dilakukan oleh penyelidik di dalam gua itu berhasil menemui sehingga 716 cakera Dropa di dalamnya..



    Mengikut cerita, cakera Dropa mula ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi yang sedang menjalankan kerja mencari gali di dalam sebuah gua di pergunungan Bayan Kara-Ula pada tahun 1938M.. Pada mulanya, kumpulan arkeologi berkenaan cuma menemui kawasan perkuburan purba yang dihasilkan dengan amat teratur di dalam gua tersebut.. Penelitian lebih lanjut mendapati terdapat tulang rangka yang mirip dengan rangka manusia di dalam kubur itu. Pada masa itu salah seorang penyelidik mengandaikan tulang rangka yang ditemui itu adalah tulang spesies baru gorila gunung yang masih belum dijumpai ekoran selepas mendapati tulang-tulang tersebut agak berlainan berbanding rangka manusia biasa. Namun andaian itu disanggah oleh rakannya yang lain, iaitu ketua ekspedisi, Prof. Chi Pu Tei dengan hujahnya, jikalau tulang rangka itu milik gorila, mana mungkin mereka bisa mengebumikan gorila yang lain, Ini kerana baginya, kubur yang disusun dengan begitu teratur ini hanya mampu dihasilkan oleh makhluk yang mampu berfikir sama seperti manusia.. Selepas menemui kubur itu, penelitian terus dilakukan dan ketika itulah pandangan penyelidik menangkap beberapa lukisan aneh antaranya matahari, bulan dan sebuah planet misteri yang dihubungkan dengan garis bertitik, tertera di dinding gua tersebut.
    Selain lukisan aneh, penyelidik turut menjumpai beberapa objek aneh berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya, tidak jauh daripada kubur berkenaan. Objek cakera itu memiliki ukuran diameter 20 sentimeter dan ditutupi lapisan debu ketika ditemui. Cakera itu kemudian diambil dan debu di atasnya dibuang dan ketika itu penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa goresan yang menyerupai tulisan kecil diatasnya. Kehairanan semakin menyelubungi penyelidik tersebut kerana TULISAN ITU DIPERCAYAI TIDAK PERNAH WUJUD DALAM MANA-MANA BUDAYA SEBELUM INI. Penemuan cakera purba aneh dalam gua di pergunungan Bayan Kara-Ula menyebabkan ia dibawa ke makmal saintifik untuk dikaji bagi membongkar pelbagai misteri yang menyelubunginya. Selepas sekian lama dikaji, hasil yang diperolehi sangat mengejutkan di mana mendapati cakera tersebut dihasilkan sekitar 12,000 tahun lalu.. Kajian lebih lanjut yang dilakukan oleh seorang penyelidik Russia, W Saitsew terhadap cakera tersebut telah menemui teori yang lebih membingungkan di mana mengikut penelitiannya, cakera itu dipercayai berfungsi sebagai komponen litar elektrik yang dihasilkan daripada campuran kobalt dengan sejenis BESI MISTERI YANG TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI.. Mana mungkin pada 12,000 tahun lalu, sudah ada komponen litar elektrik?? Sungguh misteri dan membingungkan sesiapa yang menyelidikinya..
         

Thursday, 11 June 2015

Senarai Kota-Kota Lama Di Kelantan

1) KOTA TEGAYONG
    Terletak di Ketereh. Diasaskan oleh Cik Siti Wan Kembang (1610 M– 1677M). Kota ini dinamakan sempena nama Pokok Tegayong. Dalam Kota ini Cik Siti Wan Kembang telah membina sebuah Taman Bunga yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong. Taman ini sekarang terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

2) KOTA JELASIN
    Merupakan sebuah Mukim dalam Daerah KOTA. Dibina oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong. Tapak Kota Jelasin sekarang adalah di Stesen RTM Kota Bharu. Kampong Kota berhampiran Wakaf Che Yeh sekarang mendapat namanya daripada Kota Jelasin.

3) KOTA MAHLIGAI
    Terletak di Bukit MarakDiasaskan oleh Raja Abdullah dan Puteri Saadong. Kota ini dibina setelah Kota Jelasin di Serang oleh angkatan SIAM. Disinilah berlakunya kisah yang menyayat hati, iaitu kisah Puteri Saadong dan suaminya Raja Abdullah.

4) KOTA SENANG
    Terletak di Kampung Senang, Kota Bharu. Diasaskan oleh Sultan Omar (1686M). Kota ini kemudiannya diserahkan kepada Long Bahar (Tuan Besar) yang telah dikahwinkan dengan Raja Pah iaitu puteri Sultan Omar.


5) KOTA TERAS
    Terletak di Kampung Teras, Kota BharuDibina oleh Raja Kecil Sulong setelah kemangkatan Sultan Omar. Kota ini dibina berhampiran dengan Kota Jembal. Raja Kecil Sulong mangkat (1725M) setelah lima tahun memerintah. Kota ini dinamakan Kota Teras ekoran bahan senibinanya yang diperbuat daripada teras kayu tembesu.


6) KOTA KUBANG LABU
    Terletak di Wakaf Bharu, TumpatDiasaskan oleh Tuan Besar Long Bahar, menantu Sultan Omar. Setelah kemangkatan Sultan Omar, Long Bahar telah dilantik sebagai Sultan   Kelantan kerana Raja Kecil Sulong enggan mengambil tampuk pemerintahan Sultan Omar. Kota ini seterusnya diserahkan kepada putera baginda iaitu Long Sulaiman (dengan isteri baginda dari Patani)


7) KOTA RAJA SALOR
    Terletak di Salor, Pasir MasTiada fakta yang jelas tentang Raja Salor ini, ada yang mengatakan bahawa Raja Salor ini adalah keturunan Long Yunus. Ada juga yang meriwayatkan Raja Salor ini berasal dari Patani dan mendapat keizinan dari pemerintah Kelantan untuk bermukim dan membina kota berhampiran sungai di Salor itu. Namun, kota ini telah dimusnahkan oleh pemerintah pada masa tersebut ekoran dari peristiwa “Laga Lembu”...

8) KOTA LIMBAT
    Terletak di Limbat. Kota Limbat adalah merupakan pusat pemerintahan bagi Long Ghaffar setelah baginda memenangi peperangan di Kota Kubang Labu. Setelah kemangkatan Long Ghaffar, anakanda baginda iaitu Tengku Long Seri (Ku Sri Mas) telah memindahkan pusat pentadbiran ke Jeram di Pasir Puteh sekarang ini. Pada masa yang sama juga, Kota Bharu menjadi pusat pemerintahan bagi Long Yunus, menjadikan zaman ini negeri Kelantan dikenali sebagai “Negeri yang Dikerat Lintang” ekoran ia ditadbir secara bersama oleh dua orang pemerintah iaitu Long Ghaffar dan Long Yunus...

Raja Berdaulat di Asia Tenggara

    Di Asia Tenggara,pada masa kini hanya terdapat tiga bangsa sahaja yang masih mempunyai institusi raja yang berdaulat,dan diiktiraf dalam perlembagaan negara dan sekaligus oleh dunia.
1) Bangsa Khmer (Kemboja)
     Institusi raja mereka bermula ketika kerajaan Chenla terbentuk secara rasmi pada tahun 550 M selepas kejatuhan kerajaan Funan,walaupun ada sarjana mengatakan tarikh penubuhannya seawal Funan,namun Funan sendiri masih lagi menjadi perdebatan,sementara kerajaan Chenla pula memang disahkan sebagai negeri orang Khmer. Raja pertama mereka,Bhavavarman I itupun diyakini adalah cucu kepada Rudravarman, maharaja terakhir kerajaan Funan. Bhavavarman I mengahwini puteri Chenla dan bersekongkol dengan Chenla untuk menjatuhkan Funan. Setelah itu,Funan telah diserap ke dalam Chenla namun empayar Funan yang besar itu tidak mampu ditadbir oleh Chenla sehingga ianya telah terpecah menjadi Chenla Laut dan Chenla Darat. Era keemasan mereka sudah tentu kegemilangan Angkor. Raja-raja seperti Suryavarman I,Suryavarman II dan Jayavarman VII adalah antara raja-raja yang terkenal. Empayar ini diasaskan oleh Jayavarman II yang dibesarkan di dalam istana Sailendra di Jawa. Sailendra adalah salah sebuah dinasti Melayu yang menjadi kelas pemerintahan Srivijaya. Raja orang-orang Khmer sekarang ialah Norodom Sihamoni...
2) Bangsa Thai (Thailand)
   Sejarah institusi raja-raja mereka bermula ketika negeri Sukhotai terbentuk di dalam wilayah empayar Khmer. Si Intharathit iaitu pengasas Sukhotai,adalah ketua wilayah Bang Yang (di Thailand kini) iaitu sebuah wilayah Khmer semasa pemerintahan Indravarman II. Dia telah memberontak dan menubuhkan Sukhotai pada tahun 1238 Masehi.Di utara terdapat kerajaan Lanna yang ditubuhkan oleh Mangrai,raja Tai Yuan namun sejarah Lanna masih dikaitkan dengan etnik-etnik selatan China seperti negeri-negeri Shan,dan tidak kepada identiti Thailand pada hari ini. Identiti bangsa Thai banyak dibentuk oleh dua kerajaan ini;Sukhotai dan Ayutthaya. Sukhotai mula membentuk identiti mereka setelah mencapai utara Segenting Kra iaitu wilayah negeri-negeri Melayu di Indochina. Mereka telah mencedok agama Buddha Theravada dari Sri Dharmaraja/Ligor, sebuah negeri Melayu yang berpaksikan gaya sarjana Buddha dari Sri Lanka. Sukhotai telah dikalahkan oleh Ayutthaya yang juga meranapkan Lanna dan menjadi kuasa baru di Indochina, hanya boleh disaingi oleh Burma di sebelah barat. Ayutthaya telah menyambung kepada kerja-kerja Sukhotai, iaitu membina identiti Thai yang baru dan ini mencapai kemuncaknya apabila menjarah Angkor dan membawa beribu-ribu artisan,penari dan pujangga Angkor ke Ayutthaya. Bahasa istana Thailand sehingga ke hari ini adalah dalam bahasa Khmer Kuno. Raja Thailand sekarang ialah Bhumibol Adulyadej.
3) Bangsa Melayu (Nusantara)
     Merupakan institusi beraja tertua mengatasi kedua-duanya di atas, orang-orang Melayu telah mengekalkan sejarah raja-raja mereka sehingga ke hari ini di Malaysia dan Brunei. Tidak diketahui dengan tepat bilakah institusi raja-raja Melayu bermula kerana sejarah politik Melayu berselerak di dalam sejarah kewujudan Malay city-states yang seakan sama dengan sejarah Babilon,Greek dan Phoenicia. Bukan sahaja di kepulauan malah di Indochina sendiri, negarakota-negarakota Melayu wujud beriringan dengan Pyu city-states dan Mon city-states. Sarjana Tamil mengatakan sejarah perdagangan mereka dengan negeri-negeri Melayu adalah seawal 300 tahun Sebelum Masehi,manakala sarjana Khmer mencatatkan kewujudan raja-raja Melayu seawal era Funan. Raja-raja Melayu pernah bersatu di dalam dua persekutuan besar (setakat yang diiktiraf sarjana) iaitu Srivijaya, empayar maritim legenda Asia Tenggara dan Langkasuka, sebuah liga politik yang mencapai negeri-negeri Mon di Pegu (Lower Burma) sehingga ke Kedah. Selepas era Srivijaya,sejarah Malay city-states bertukar kepada konsep negeri-negeri Melayu yang mempunyai sultan masing-masing dan ini termasuklah di Sumatera dan Brunei. Institusi raja-raja Melayu tetap bertahan semasa gelombang imperialisme dan survive sehingga ke hari ini dalam beberapa siri peperangan diplomasi yang dasyat. Institusi ini adalah yang tertua di Asia Tenggara dan kesultanannya antara yang tertua di dunia, setanding dengan raja-raja Yaman dan institusi emir (emirate) di Asia Barat. Kesultanan Kedah dikatakan merupakan kesultanan Melayu yang tertua di dunia... Pada hari ini,Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, iaitu Sultan Kedah yang mewakili 9 pemerintah negeri-negeri Melayu lain di Malaysia manakala di Brunei pula kini ia di bawah pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah,Sultan Brunei...

Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca

“Bahasa Melayu ialah bahasa antarabangsa dan sesiapa yang tinggal di antara Parsi di sebelah baratnya dan Filipina di sebelah timurnya , tidak mengetahui bahasa Melayu maka orang itu akan dianggap tidak berpelajaran.” – Francois Valentjin
     Dari kenyataan di atas, di mana Valentjin mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mampu bertutur di dalam Bahasa Melayu dianggap sebagai tidak berpelajaran, maka kata penulis bahawa sesungguhnya bahasa Melayu telah menjadi sebagai sebuah bahasa Ilmu yang di mana sesiapa yang mahu menuntut ilmu pada waktu itu perlulah mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana mungkin pada waktu itu semua naskah-nashkah ilmu yang wujud di Nusantara adalah di dalam bahasa Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dikatakan bermula sejak kurun ke-15 lagi iaitu dengan terhasilnya penulisan dan penterjemahan kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu. Ini mungkin berlaku kerana penyebaran Islam adalah di dalam bahasa Melayu. Ini dapat dilihat pada penghasilan sistem tulisan Jawi yang datang dari tulisan arab dan diubah suai oleh orang Melayu sendiri. Wujudnya perkataan yang mengungkapkan konsep seperti tauhid, syariah, undang-undang dan tassawuf, adalah bukti bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi sebagai bahasa Ilmu melalui penyebaran ilmu.
     Acheh kemudiannya telah mengambil alih kehebatan yang diasaskan oleh Melaka. Banyak kitab-kitab bahasa Melayu dihasilkan pada zaman ini yang menulis mengenai ilmu-ilmu agama. Antaranya ialah kitab Al-Aqai’id al-Nasafiyyah yang ditulis oleh seorang alim ulama iaitu Umar Bin Muhammad Al-Nasafi pada kurun ke 54. Tokoh-tokoh ilmuwan yang menulis kitab-kitab mereka di dalam bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menunjukkan betapa ilmu telah sebati dengan bahasa Melayu. Kejatuhan Melaka tidak pernah membuatkan bahasa Melayu tenggelam sebaliknya dicatatkan bahawa Pigafetta, seorang kelasi berbangsa Itali yang pernah bersama dengan Magellan pernah menyusun sebuah kamus Melayu-Itali ketika singgah di Pulau Tidore yang terletak di Kepulauan Maluku Utara. Dicatatkan juga bahawa penduduk di pelabuhan tersebut bertutur di dalam bahasa Melayu membuatkan terhasilnya kamus Melayu-Itali ini. Suku-suku kaum yang lain dalam Kepulauan Melayu ini juga tidak pernah ketinggalan meninggalkan bukti kepada kita betapa sesungguhnya bahasa Melayu turut dijadikan bahasa petuturan mereka.
    Kemuncaknya penggunaan bahasa Melayu secara berleluasa di Nusantara telah melahirkan lebih 11, 000 manuskrip yang disimpan di dalam negara kita dan juga luar negara dalam pelbagai bidang ilmu. Ini menunjukkan bahawa betapa bangsa Melayu dan bahasa Melayu adalah bangsa yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Maka tidak hairanlah jika pernah wujud sebuah akademik yang mempelajari bahasa Melayu pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka dicatatkan bahawa Dinasti Ming telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bahasa. Di dalam jabatan itu terdapat jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh 60 orang, dan dua orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu. Diceritakan juga bahawa Maharaja Ming Cheng Zhu telah menubuhkan akademi bahasa yang dikenali sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di Nanjing dan salah satu daripadanya ialah BAHASA MELAYU... Merupakan satu kebanggaan bagi kita kerana lahir di kalangan bangsa Melayu yang bertamadun dan diiktiraf di peringkat antarabangsa...

Saturday, 6 June 2015

Atlantis




       Apakah itu Atlantis? Ia dikatakan adalah satu tamadun hebat dan sangat maju yang pernah wujud kira-kira 11,000 tahun yang lalu di suatu lokasi rahsia tetapi secara tiba-tiba ia terus ghaib secara misteri dari muka bumi.. Kehilangannya menyebabkan Atlantis kini terus menjadi satu daripada misteri yang mengelirukan pengkaji dan orang awam lantaran tiada sebarang petanda jelas atau artifak tinggalannya yang berjaya ditemui bagi membuktikan kesahihan kewujudan tamadun purba tersebut. Kehilangannya telah mencetuskan tanda tanya yang berterusan dan dengan meneliti pelbagai lokasi pada bulatan glob bumi, pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis sebelum ia tiba-tiba ghaib. Kenapakah penemuan Atlantis ini sangat penting bagi tamadun manusia kini?? Ini kerana harapan untuk menemui kesan peninggalannya amat besar ertinya kepada perkembangan dunia sains, teknologi dan kemanusiaan pada hari ini. Malah dikatakan lagi, sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan Atlantis bakal menjadi individu atau pihak PALING BERKUASA di muka Bumi!!! Ini kerana tamadun purba ini dikatakan memiliki teknologi yang MUNGKIN setanding atau LEBIH canggih berbanding keupayaan teknologi yang dicapai dunia sains moden pada masa kini.. Namun sejauh manakah kebenaran semua ini???

     Jika kita meninjau sejarah dan berita berhubung kehebatan Atlantis, pasti ia membuatkan ramai pihak berfikir dua kali kerana sebelum ini, kita dimaklumkan bahawa sains dan teknologi baru sahaja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu manakala dunia pada sebelum itu adalah kuno dan purba!!! Akan tetapi cerita mengenai keadaan di Atlantis seolah-olah menggambarkan bahawa pada 11,000 tahun lalu, sudah ada dunia maju yang mungkin setanding bahkan lebih hebat dari sekarang!! Justeru, penemuan Atlantis diharap dapat membongkar pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini tetapi ia sudah dicapai penduduk tamadun yang dikatakan wujud lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Greek, Indus dan Inca. Para pengkaji juga terus berharap agar mereka dapat menemui punca atau misteri yang menyebabkan Atlantis terus ghaib dari muka Bumi ini selepas begitu lama tamadun berkenaan maju dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi.

   Jika kewujudan Atlantis ini benar bagaimanakah pula pandangan mengenainya dari sudut keagamaan pula, khususnya Islam? Sehingga kini tidak ramai sarjana Islam yang membicarakan tentang isu Atlantis.. ramai antara mereka yang mengatakan Atlantis ini hanyalah dongengan atau rekaan pihak barat sahaja.. Namun apakah ini semua seperti yang diperkatakan oleh mereka? Bagi kami, kewujudan Atlantis itu mungkin ada benarnya dan kami tidak menolak mentah-mentah akan kewujudannya kerana beberapa faktor yang kami pegang dan yakini.. Seperti diketahui umum ilmu yang kita yakni manusia miliki ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ilmu Allah swt.. ilmu Allah swt diibaratkan seperti tujuh buah lautan dan ilmu manusia hanyalah setitis daripada lautan-lautan tersebut.. begitulah perumpamaannya perbandingan antara ilmu kita dengan pencipta kita.. lagi pun banyak lagi rahsia alam yang kita tidak ketahui.. Persoalannya lagi, jika benar Atlantis itu wujud maka adakah mereka itu juga dari bangsa manusia ataupun bukan? Jika Atlantis itu wujud kenapa orang purba yang dikatakan belum mengenal teknologi itu mampu membina tamadun yang sebegitu maju? Apakah rahsianya??

      Dalam sejarah kita diajar yang teknologi moden hanya mula berkembang sekitar 1,000 tahun yang lalu.. Ini bererti sebelumnya manusia belum lagi mengenal istilah teknologi.. Dalam sejarah juga kita turut diajar yang kewujudan tamadun manusia hanya bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 SM dan pada masa kewujudan awal tamadun manusia itu dikatakan yang manusia belum lagi meneroka ilmu sains dan teknologi dengan mendalam.. Tetapi apakah semua ini benar?? Bagaimana jika kami katakan yang kita MUNGKIN ditipu dan sejarah yang diajar kepada kita selama ini adalah SALAH?? Bagaimana jika kami katakan yang manusia purba itu tidaklah se-primitif yang disangkakan.. Pada hari ini kita banyak mempelajari sejarah dari sumber-sumber barat dan hanya mengiyakan sahaja pendapat mereka.. Sumber barat selalu mengatakan yang manusia awal purba itu tidak bertamadun, hidup di dalam gua, tidak mempunyai pengetahuan tentang penulisan dan sebagainya.. Justeru itu wujudlah teori fasa-fasa pertumbuhan manusia seperti zaman paleolitik, mesolitik, neolitik dan logam yang kini menjadi pegangan ramai pengkaji sejarah di seluruh dunia.. Tetapi sebanyak manakah kebenarannya?? 

     Dalam Al-Quran jelas menceritakan sewaktu Nabi Adam a.s berada di syurga lagi, baginda sudahpun memiliki ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan ianya diajar oleh Allah s.w.t sendiri kepadanya. Selepas diturunkan di dunia pula, banyak sekali riwayat tentang Nabi Adam a.s dan isterinya, iaitu Siti Hawa dari aspek pemakaian mereka, rutin hidup mereka, sistem kekeluargaan mereka, corak penempatan mereka, cara pemakanan mereka dan sebagainya.. Dan dari riwayat-riwayat itu TIADA SATU pun yang menunjukkan Nabi Adam a.s serta isterinya HIDUP DALAM SUASANA PRIMITIF iaitu tidak tahu berbicara,hidup di dalam gua dan sebagainya sebaliknya riwayat menunjukkan yang mereka berdua hidup dalam suasana yang normal sahaja.. Tambahan lagi di dalam Al-Quran juga ada menceritakan tentang insiden antara kedua-dua putera Nabi Adam a.s iaitu Habil dan Qabil.. diringkaskan mereka berdua telah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mempersembahkan korban demi menguji ketaatan mereka berdua.. dalam kisah itu diceritakan lagi bahawa salah seorang telah mempersembahkan korban berupa tanam-tanaman manakala seorang lagi telah mempersembahkan korban berupa haiwan-haiwan ternakan.. Di sini jelas menunjukkan yang pada zaman Nabi Adam itu sendiri, manusia SUDAHPUN MENGENAL BIDANG PERTANIAN DAN PENTERNAKAN.. jika manusia generasi pertama sudahpun mengenal pengetahuan sedemikian adakah logik mengatakan yang manusia purba itu tidak berilmu dan hidup dalam keadaan primitif?? Seterusnya pada zaman Nabi Nuh a.s pula, jelas dinyatakan di dalam Al-Quran yang baginda telah membina sebuah kapal sebagai persiapan menghadapi bencana yang akan menimpa kaumnya.. Tambahan lagi semasa baginda membina kapal tersebut, kaum baginda mengejeknya dengan menuduh baginda gila dan sebagainya kerana mereka mengatakan kapal adalah untuk belayar di lautan dan bukannya di daratan.. Pointnya di sini, pada zaman itu manusia SUDAHPUN MENGENAL TEKNOLOGI PERKAPALAN kalau tidak masakan kaum Nabi Nuh mengatakan kapal sepatutnya belayar di laut dan bukannya di darat.. jadi ini jelas menunjukkan yang mereka tahu apa fungsi kapal tersebut, justeru apakah benar manusia purba itu tidak berilmu dan primitif seperti yang disangkakan? Jika benar mereka sedemikian maka sudah tentulah kaum Nabi Nuh sendiri akan terpinga-pinga atau tertanya-tanya apakah benda yang sedang dibina oleh Nabi Nuh itu.. Sebaliknya mereka mengejek baginda kerana membina kapal di tengah-tengah daratan membuktikan yang mereka sememangnya sudah pun terdedah dengan ilmu pengetahuan tentang teknologi perkapalan..

     Al-Quran memang merupakan sebuah kitab agung yang sangat unik di mana isi kandungannya tentang manusia purba adalah amat berlawanan sekali dengan sumber-sumber yang datang dari barat.. Jadi dengan bukti-bukti ini maka tidak hairanlah jika kami mempercayai akan kewujudan kota Atlantis itu.. Tapi yang menjadi persoalan pula, jika benar manusia purba sudahpun maju maka kenapa selepas itu manusia menjadi mundur pula?? Persoalan ini sememangnya menarik dan kami juga tidak menafikan kesahihannya.. Mengikut pandangan kami umat manusia ini berpecah kepada dua era, iaitu era sebelum banjir besar dan era selepas banjir besar.. Kami berpendapat kota purba Atlantis itu wujud sebelum era banjir besar melanda.. dan kami berpendapat banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh a.s itu sebagai garis pemisah antara dua zaman berbeza di mana tamadun purba yang gah pernah dibina pada zaman itu telah habis dimusnahkan serta diranapkan dari muka bumi ekoran kekufuran mereka kepada Allah s.w.t dan selepas banjir itu surut, manusia telah bermula semula dari awal dalam aspek tamadun, teknologi dan sains.. Bagaimanapun ini semua hanyalah sekadar teori dari kami dan ia masih memerlukan kajian yang sangat mendalam untuk menentukan kesahihannya.. Dan hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui Akan Segala-galanya..