Ancient Hieroglyphics

Ancient Hieroglyphics

Friday, 22 May 2015

UFO 1

      Segala persoalan sama ada wujudnya makhluk pintar selain manusia di alam semesta ini, telah mencetuskan pelbagai misteri akan kewujudannya.. Sesetengah dari kita percaya bahawa memang terdapat hidupan pintar selain manusia yang mendiami planet-planet lain di seluruh alam semesta yang teramat luas ini selain daripada Bumi. Namun yang menjadi tanda tanyanya, apakah mereka betul-betul wujud??


     Terdapat ramai juga yang berpendapat dan percaya bahawa makhluk dari planet lain itu sebenarnya sudah lama sampai dan berlegar-legar di Bumi sejak ribuan bahkan jutaan tahun lalu tetapi sampai sekarang kewujudan mereka masih belum ditemui secara langsung oleh manusia. Namun kewujudan mereka sering dikaitkan dengan pelbagai laporan kenampakan pesawat mereka yang digelar sebagai Unidentified Flying Object (UFO), yang terbang di pelbagai tempat di Bumi.































































  Persoalan kepada kewujudan makhluk asing yang turut digelar sebagai ET (Extraterrestrial life) atau alien, telah menyebabkan ramai penyelidik tampil melakukan pelbagai kajian mengikut bidang dikenali sebagai astrobiology, exobiology dan xinobiology bagi mencari jawapan kepada misteri tersebut. Namun sehingga kini tidak banyak bukti kukuh yang ditemui dan hanya pelbagai teori yang mampu dikemukakan. 

  Para pengkaji makhluk asing berpendapat bahawa kehidupan dari angkasa luar itu memiliki pelbagai jenis bentuk, yakni daripada jasad berbentuk solid seperti manusia sehinggalah kepada hidupan seni seperti bakteria. Mereka dikatakan datang dari planet lain sama ada planet jiran seperti Marikh dan Zuhrah ataupun juga galaksi lain di luar sistem solar kita. Namun apakah tujuan kedatangan mereka??? Ada sesetengah pengkaji berpendapat mereka ingin menyerang dan memusnahkan manusia, mencari kediaman baru selepas planet asal mereka musnah, melakukan kajian malah ada yang berpendapat mereka datang sekadar untuk berziarah.. Ada juga yang mendakwa mereka sudahpun mengadakan hubungan diplomatik dengan manusia menerusi pihak atau kerajaan negara tertentu (ramai menganggap Amerika syarikat) tetapi perkara itu dirahsiakan daripada penduduk umum. Namun sejauh manakah kebenaran ini???  



  Sebelum mengulas isu ini dengan lebih jauh eloklah kita menelitinya juga dari segi keagamaan khususnya pandangan dari sudut ajaran Islam. Memang benar agama Islam tidak pernah menceritakan akan kewujudan makhluk asing.. Dalam Al-Quran diberitakan kepada kita Allah swt telah menjadikan tiga hidupan (selain haiwan) iaitu manusia yang dijadikan dari tanah, malaikat yang dijadikan dari cahaya dan jin yang dijadikan dari api. Namun di dalam surah Asy-Syuura 42 : 29 jelas menyatakan sebagaimana berikut :- 

                  (وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَابَّةٍ وَهُوَ عَلَى جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاء قَدِيرٌ) (الشورى:29)
Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.

     Dalam ayat tersebut jelas menyatakan selain di Bumi, terdapat juga makhluk di langit.. apakah langit ini merujuk kepada langit biru yang kita nampak ini dan makhluk yang dinyatakan itu adalah burung-burung yang berterbangan??? Sudah tentulah TIDAK.. Mengikut pendapat pentafsir, perkataan langit itu bukanlah merujuk kepada langit biru tetapi ianya merujuk kepada ruang angkasa.. Jadi makhluk apakah yang dimaksudkan tinggal di langit itu (ruang angkasa)??  Apakah ia merujuk kepada para Malaikat??  Sebahagian ulama mengatakan bahawa lafaz daabbah (makhluk melata) menunjukkan bahawa itu merupakan makhluk-makhluk SELAIN daripada malaikat karena Allah Azza wa Jalla membezakan antara makhluk yang melata itu dengan malaikat dan menyebutkannya di dalam firman-Nya:
                                (وَلِلّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَالْمَلآئِكَةُ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ) (النحل:49)
Dan kepada Allah sajalah bersujud segala makhluk melata yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) Para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri (QS An-Nahl 16 : 49)

    Jadi merujuk kepada ayat-ayat di atas sebagai seorang muslim amat tidak wajar jika kita menolak mentah-mentah akan kewujudan makhluk lain kerana ilmu pengetahuan yang kita miliki amatlah terbatas dan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui Segala-galanya.. 

No comments:

Post a Comment