Ancient Hieroglyphics

Ancient Hieroglyphics

Friday, 22 May 2015

Asal Usul Iblis/Lucifer


   Diriwayatkn, beribu-ribu tahun sebelum adanya manusia, bumi ini sudah dihuni oleh sejenis makhluk dari golongan Jin, mereka dibezakan antara laki-laki dan perempuan. Di antara mereka ada yang beribadah dan ada yang tidak, walaupun Allah mewajibkan mereka beribadah menyembahNya.
Allah SWT. berfirman, “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKu.” (QS. Adz-Dzariyaat: 56 )
   Di antara sekian banyak keturunan jin, ada seorang yang bernama Azazil. Azazil adalah Jin yang paling taat kepada Allah. Berbeza dengan manusia, jin mampu berumur sampai ribuan, bahkan puluhan ribu tahun, begitu juga dengan Azazil. Ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun di bumi. Kemudian atas permintaannya ia dipindahkan oleh Allah ke langit pertama. Di situ ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun juga. Lalu ia dipindahkan ke langit seterusnya, sampai langit ke tujuh. Di masing-masing tingkatan langit, ia beribadah kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Jadi Azazil beribadah kepada Allah selama 8000 tahun.
   Kerana ketaatan dan pengabdiannya, Allah mengangkatnya ke darjat Al-Muqarrabun, iaitu darjat tertinggi di sisi Allah. Lebih dari itu, Allah menobatkan Azazil sebagai imam kepada para malaikat yang berkedudukan di langit. Ini menjadikan, apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam kepada para malaikat yang memimpin malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah. Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :-
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
     Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
    Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
   Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam kepada para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Selain itu ia juga merasa bahawa dirinya makhluk yang lebih dulu diciptakan, lebih lama dalam beribadah dan lebih tinggi martabatnya dibandingkan Nabi Adam yang baru diciptakan Allah swt. Kesombongan dan rasa iri hati itulah sebenarnya penyebab utama mengapa Azazil membangkang perintah Allah swt.
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
   Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi kerana merasakan ia lebih mulia ekoran ia dijadikan daripada api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Kerana pembangkangannya itu, akhirnya ia terusir dari syurga dan namanya diubah kepada IBLIS. Sebelum meninggalkan syurga, iblis sempat bersumpah akan mengganggu dan menggoda anak keturunan Adam sampai hari kiamat.


Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
   Kita tengok kembali bagaimana Al Qur’an menggambarkan kisah pasangan Adam dan Hawa di syurga. Mereka bebas menikmati dan menggunakan segala keistimewaan syurga kecuali makanan buah khuldi. Ternyata satu-satunya larangan Allah itulah yang dimanfaatkan oleh iblis untuk menyesatkan Adam dan Hawa. Sesuai dengan sumpahnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa dan keturunannya, maka iblis sekuat tenaga merayu dan membujuk Adam dan Hawa agar melanggar larangan yang Allah tetapkan bagi mereka. Dengan usaha yang keras dan tidak kenal menyerah, akhirnya Adam dan Hawa tergoda juga mendengar rayuan iblis. Meskipun hanya satu larangan yang ditetapkan Allah bagi mereka, tetapi ternyata satu larangan itu membuat mereka penasaran. Apalagi rayuan iblis yang tidak kenal menyerah. Mereka pun memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah swt. itu. Akibatnya, Allah pun mengeluarkan mereka dari syurga dan menurunkan ke dunia.
Firman Allah, “maka syaitan (iblis) menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) maka dikeluarkanlah mereka dari tempatnya (surga). Dan kami berfirman, “Turunlah kalian. Sebagian kamu adalah musuh bagi sebagian yang lain. Dan bagi kalian ada tempat kediaman dan kesenangan sementara di muka bumi.” (QS. Al Baqarah: 36)
   Sebenarnya, Adam, Hawa, para malaikat, dan iblis sudah mengetahui suatu saat Adam dan Hawa akan diturunkan ke bumi, mengingat Adam akan diangkat menjadi khalifah di bumi. Hanya saja, mereka tidak mengetahui akan saatnya. Hanya Allah saja yang mengetahui. Itulah sebabnya ketika iblis diusir dari syurga kerana pembangkangan perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, ia secara sembunyi-sembunyi menyusup ke dalam syurga berusaha memperdayai Adam dan Hawa agar menderhakai Allah. Kerja keras iblis tidak sia-sia, Adam dan Hawa terpedaya dibuatnya, sehingga mereka diturunkan ke bumi. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharram, malam hari, seiringan dengan iblis yang juga diturunkan ke bumi. Dengan cucuran air mata kerana sedih, Adam dan Hawa terpaksa menjalani hukuman itu.
   Oleh Jibril, Adam diturunkan di bukit Ruhun di Surandib, pulau Sailan. Sedangkan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka harus menghadapi lingkungan baru yang serba asing dan sulit, jauh dari kenikmatan syurga yang pernah mereka diami. Diriwayatkan, sejak mereka diturunkan dari syurga, selama hampir seratus tahun mereka tidak bertemu. Tetapi Allah kemudian mengutus malaikat Jibril memerintahkan Adam dan Hawa melakukan ibadah haji. Setelah keduanya melakukan thawaf tujuh kali, mereka menyatakan bertaubat kepada Allah, dan Allah mengampuni dosa mereka. Setelah melaksanakan ibadah haji, atas petunjuk malaikat Jibril, Nabi Adam melakukan perjalanan jauh ke Jeddah untuk menemui Hawa. Berbulan-bulan Adam menyusuri padang, lembah dan bukit, sampai akhirnya bertemu dengan Hawa di sebuah padang yang kemudian dinamakan Padang Arafah, artinya mengenal kembali. Nabi Adam menceritakan kepada Hawa bahawa Allah, melalui malaikat Jibril, mewajibkan mereka melaksanakan Thawaf iaitu mengelilingi Hajar Aswad sebanyak tujuh kali. Dan untuk mendirikan tempat ibadah, Allah memerintahkan Jibril mengambil batu hitam di syurga untuk mendirikan Ka’bah.

   Dengan bantuan para malaikat, Adam dan Hawa membangun tempat ibadah dan masjid yang bernama Baitul Makmur. Setelah berdiri dengan gagahnya, di tengah masjid tersebut diletakkan Hajar Aswad. Kemudian Adam dan Hawa bertawaf. Inilah masjid pertama yang berdiri dimuka bumi itu. Tetapi, pada zaman Nabi Nuh as. masjid Baitul Makmur tersebut telah terkena serangan angin taufan, sehingga ia dipindahkan ke langit ketujuh. Di tempat itu, masjid Baitul Makmur dijadikan kiblat bagi para malaikat. Ketika Nabi Muhammad saw melakukan mi’raj, baginda sempat menjadi imam kepada para malaikat pada waktu solat di masjid tersebut. Setelah bertemu di Padang Arafah, dan menunaikan ibadah haji, Adam dan Hawa hidup dalam lingkungan rumah tangga sebagai suami isteri. Mereka menurunkan beberapa anak yang menyebar ke segala penjuru dunia, sehingga kini kita kenal berbagai bangsa dan suku... Wallahualam

No comments:

Post a Comment