Ancient Hieroglyphics

Ancient Hieroglyphics

Friday, 22 May 2015

Sejarah Kelantan 4

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH KELANTAN




        Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Semenjak dari zaman silam lagi, ia telah menjadi tumpuan para pedagang yang berulang alik dari timur dan barat untuk singgah menjadikan Kelantan terkenal di kalangan para pedagang luar. Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya. Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
     Dalam sejarah Malaysia, sejarah awal tentang negeri Kelantan sukar dikesan. Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’. Dalam abad ke 5 pula, Kelantan juga dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’. Catatan Shen Yao (414 – 512) seorang pengembara China ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’. 
    Pada tahun 1411M Kelantan dikatakan diperintah oleh seorang maharaja bergelar Maharaja Kumar/Maharaja Ku Umar (Islam). Diberitakan baginda pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negeri China. Selepas kemangkatan Maharaja Kumar, Kelantan diperintah pula oleh Sultan Iskandar yang memerintah sehingga tahun 1465M. Bagaimanapun hubungan antara Sultan Iskandar dengan Maharaja Kumar tidak dapat dipastikan pertaliannya. Selepas kemangkatan Sultan Iskandar, Kelantan diperintah pula oleh Sultan Mansur yang memerintah pada tahun 1465M. Pada Tahun 1477M, ketika pemerintahan Sultan Mansur ini, Kelantan telah diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah. Hasil peperangan itu, Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Onang Kening, puteri kepada Sultan Mansur yang mana puteri tersebut kemudiannya telah melahirkan Raja Muzaffar, yang kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama. Pada tahun 1526M Raja Gombak pula naik takhta menggantikan Sultan Mansur. Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad dijadikan sebagai pewaris baginda yang kemudiannya dikenali sebagai Sultan Ahmad. Dia dilantik sebagai pewaris ekoran Raja Gombak tidak memiliki zuriat. Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu kepada Raja Hussin dari Johor. Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang. Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang baru berusia 4 tahun. Kerana usiannya yang masih kecil, Raja Hussin dari Johor telah dilantik sebagi pemangku raja.
      Kemudiannya, pada tahun 1610M, Raja Hussin pula mangkat oleh itu Cik Wan Kembang telah ditabalkan menjadi raja baru Kelantan. Pusat pentadbiran baginda terletak di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan. Kerajaan Cik Wan Kembang ini sangat masyhur pada zaman tersebut. Ramai pedagang yang datang berniaga, termasuklah para pedagang dari negara Arab. Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. Dari situlah baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’. Pada masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang ini telah muncul satu lagi kerajaan lain di timur laut Kelantan bergelar Kerajaan Jembal. Kerajaan Jembal ini dikatakan diasaskan oleh Raja Besar.
        Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah pada abad ke 14. Mengikut cerita ketika Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri baginda telah mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka. Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar lalu baginda menamakan tempat itu sebagai ‘JEMBAL’. Pada tahun 1638, Raja Besar telah menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya. Raja Sakti pula dikurniakan 7 orang anak iaitu Raja Adiluddin (Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor dan Puteri Cempaka Bongsu. Kemudian pada tahun 1649M Raja Loyar ditabalkan sebagai raja baru yang memerintah Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Temenggong. Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya. Mengikut lagenda, baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Di bawah pemerintahan Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur. Tambahan lagi hubungan antara kerajaannya dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang juga adalah amat baik. Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam. Puteri Mariam lebih dikenali ramai sebagi Puteri Saadong. Dikatakan Cik Siti Wan Kembang sangat berkenan dengan Puteri Saadong. Kerana beliau sendiri tidak mempunyai pewaris maka beliau telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkatnya. Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang oleh Cik Siti Wan Kembang untuk dijadikan mainannya. Sehingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
         Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya. Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong namun pinangan itu ditolak. Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah. Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota, sekarang). Tambahan, Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’. Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana. Setelah kemangkatan Cik Siti Wan Kembang seluruh negeri Kelantan telah diperintah oleh Raja Loyar. Jauh di utara pula, Raja Siam sangat marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Baginda lalu menghantar angkatan tentera bagi menyerang Kota Jelasin. Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana. Kemudian angkatan Siam turut mara pula ke Melor. Kerana sayangkan nyawa rakyatnya, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya. Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahandanya Raja Loyar telah mangkat. Jenazah baginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang. Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar. Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat. Puteri Saadong kemudian terus ke Kota Mahligai untuk bertemu dengan suaminya. Tanpa dia ketahui, sepeninggalannya, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri. Bila dia mengetahuinya satu pertengkaran telah berlaku antara mereka. Kesannya Raja Abdullah telah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul milik Puteri Saadong. Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
    Pada tahun 1671M, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, telah dilantik memerintah di Kota Mahligai. Manakala selepas peristiwa itu Puteri Saadong telah berpindah ke Bukit Marak. Mengikut rekod, pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim. Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong akan kezalimannya. Pada tahun 1673M, Puteri Saadong berpindah pula ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri. Selepas itu tiada lagi khabar berita tentangnya.. Seolah-olah dia ghaib begitu sahaja. Dalam situasi lain pula, Raja Omar dari Jembal telah menghantarkan anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai. Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi dan baginda mangkat di situ. Kematiannya menandakan Kelantan diperintah secara mutlak oleh Sultan Omar dari kerajaan Jembal. Negeri Kelantan amat maju di bawah pemerintahan Sultan Omar. Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran sahaja. Semasa pemerintahannya, baginda selalu membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri takluknya. Baginda juga turut membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok. Selain itu baginda turut mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa termasuk juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
       Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri iaitu Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah. Pada tahun 1686M, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Pembesar Pattani telah datang menghadap Sultan Omar. Mereka ialah Tuan Sulong (Long Sulong), Tuan Senik (Long Senik) dan Tuan Besar (Long Bahar). Long Bahar itu telah dikahwinkan dengan anakanda baginda, iaitu puteri Raja Pah manakala yang lain pula telah dikahwinkan dengan anak pembesar negeri. Sultan Omar turut membina Kota Senang yang kemudiannya diserahkan kepada Raja Pah dan suaminya. Sultan Omar memerintah Kelantan selama 46 tahun. Baginda mangkat pada tahun 1721M dan jenazah baginda dimakamkan berhampiran dengan Kota Seneng. Sekarang ia dikenali sebagai Kg Seneng. Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri China.
       Sultan Omar digantikan oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong. Raja Kecil Sulong telah membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’. Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu. Mengikut rekod, baginda hanya memerintah selama 5 tahun sahaja dan mangkat pada tahun 1725M dalam usia yang sangat muda. Ada juga cerita yang mengatakan yang baginda itu dibunuh namun tiada bukti sahih untuk membenarkan dakwaan ini. Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih lagi kecil ketika kemangkatannya. Raja Pah kemudiannya telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan baru di Kelantan. Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman. Selepas itu Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal. Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda iaitu Long Sulaiman telah dilantik sebagai pemerintah baru Kelantan. Long Sulaiman adalah anak kepada Long Bahar dengan isteri pertamanya dari Patani dan dia bukannya anak hasil perkahwinan Long Bahar dengan Raja Pah. Ini kerana sebelum berkahwin dengan Raja Pah, Long Bahar sendiri sudahpun memiliki isteri di Patani dan putera bernama Long Sulaiman. Apabila Long Sulaiman naik takhta bagi kerajaan Kelantan, maka terputuslah zuriat keturunan Raja Jembal sebagai pemerintah Kelantan dan pemerintahan di Kelantan itu sendiri telah diterajui oleh dinasti baru yang bermula dengan Long Sulaiman. Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan pada hari ini.

Jembal Hari Ini

      Nama Jembal ini kekal sehingga tahun 1922 sahaja. Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang. Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat). Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat. Suasana itu kekal hingga ke hari ini. Pada hari ini, keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan. Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri. Mereka memakai berbagai gelaran seperti Raja, Tengku, Ku, Tuan, Nik dan Wan. Ada juga yang telah menggugurkan gelaran nama itu. Pada tahun 1991, PKRJK telah ditubuhkan bagi memertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal. Mereka telah membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini. PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

Kota Jelasin

      Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar. Pada masa lalu pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Sejarah Kelantan 3

Puteri Saadong




      Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580(mungkin tarikh ini tidak tepat). Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan. Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.

RAJA ABDULLAH (1663-1671)

        Makam Raja Abdullah terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong dan Raja Abdullah sendiri adalah putera kepada Raja Bahar(Raja Jembal). Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong. Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong. Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji. Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.

BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU

    Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat bagi lagenda Puteri Saadong. Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak. Batu-batu timbul menarik yang terdapat di Bukit Marak sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan ahli-ahli kaji sejarah.Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, juga pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605. Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdullah. Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
       Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihat. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
      Manakala daripada maklumat yang diperolehi tentang Kota Salor pula, ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana cita-cita serta usahanya dalam menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri Kelantan.


Sejarah Kelantan 2

Hubungan Kelantan Dengan Perak















     Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, penulis juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosil-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu. Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung lenyap).
     Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi. Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendek kata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan Kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.



Sejarah Kelantan 1



    Negeri Kelantan mempunyai sejarah yang sangat panjang berbanding Kesultanan Melayu Melaka namun ia masih lagi kabur dan memerlukan banyak lagi kajian. Berikut merupakan cebisan artikel tentang jurai keturunan Nik, Wan. Tuan, Che, Tengku ( Kelantan, Pattani, Terengganu) yang mana bila dikesan balik jurai ini ia berasal dari seorang tokoh yang sangat terkenal di Nusantara pada suatu masa dahulu iaitu Syed Hussin Jamadil Kubra.
      Saiyid Hussein Jamadil Kubra adalah dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudiannya berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan) lalu telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdir bahawa keturunan Rasulallah senantiasa dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengahwini tiga orang puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

       Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu. Salah seorang anak beliau pula, telah dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantik dan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini begitu ‘tersorok’ dan orang Kelantan sendiri ramai yang tidak tahu akan kewujudan tasik yang agak luas lagi sayup mata memandang ini. Manakala adiknya, Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan.

     Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban ini terletak di Pasir Mas Kelantan. Semua informasi yang disampaikan ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik akan kesahihannya. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, yang ada hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Misteri Pembinaan Piramid Terbongkar???



    Di sebalik keindahan piramid, ada satu teka-teki besar yang masih menjadi tanda tanya. Bagaimanakah bahan-bahan mentah seperti batuan di bangunan lama itu, yang mana boleh dilihat dari angkasa lepas kini, dibawa ke tapak pembinaan???

    Persoalan ini adalah berdasarkan kepada tahap kerja yang dijalankan dan kekurangan teknologi sokongan pada zaman itu. Dalam membina piramid, jumlah bilangan batu yang banyak dalam skala besar diperlukan. Selain itu, peralatan canggih seperti jentera moden yang boleh digunakan untuk mengangkut batu-batuan tersebut ke padang pasir masih belum wujud lagi pada zaman Mesir Purba.

    Daniel Bonn dari Universiti Amsterdam akhirnya telah berjaya menyelesaikan teka-teki tersebut melalui penyelidikannya yang akan diterbitkan di dalam jurnal Surat Kajian Fizikal, Rabu (2015/04/29).

   Bonn dan rakan-rakannya berkata, orang-orang Mesir Purba boleh membawa batu dengan menggunakan suatu strategi yang terbukti penggunaannya. Mereka menggunakan alat-alat seperti wheelbarrows untuk membawa batu dan menariknya di padang pasir yang mana telah dibasahkan dengan air. Dalam kajian itu, Bonn melakukan uji kaji makmal dengan menggunakan kereta kecil Mesir Purba dan bekas berisi pasir yang telah dikeringkan dalam ketuhar.

     Air ditambah ke pasir dan membasahi ke tahap yang tertentu yang kemudiannya akan membentuk satu "jambatan rerambut". Titisan air akan bertindak seperti gam gam pasir, menjadikannya tegar dan mengurangkan geseran apabila objek bergerak di atasnya.

"Saya terkejut bahawa jumlah daya tegangan boleh dikurangkan sehingga 50 peratus," kata Bonn dipetik sebagai berkata Washington Post, Isnin (27/04/2015).

    Dengan daya tegangan rendah diperlukan, bilangan orang yang diperlukan untuk menarik troli yang dipenuhi dengan batu juga separuh daripada jumlah yang diperlukan apabila padang pasir kering. Geseran dikurangkan dan graviti berlaku kerana sebab-sebab pembasahan telah meningkatkan pasir kekakuan di padang pasir.

"Kereta bergerak dengan lebih mudah di atas pasir basah di padang pasir kerana ia tidak membentuk bukit di hadapan kereta itu, tidak seperti apa yang berlaku apabila sebuah kereta disediakan di pasir yang kering," jelas Bonn.

     Bukti nyata yang membenarkan kajian kaedah pengangkutan air pasir ini ke atas batu piramid di tapak pembinaan dikukuhkan lagi dengan penemuan lukisan di dalam kubur Djehutihotep. Lukisan itu menggambarkan percikan warna kelabu dan oren dengan orang berdiri di hadapan kereta itu bersama semburan air. Lukisan yang mana sebelum ini telah mencetuskan banyak perdebatan.

     Kajian ini memberikan penjelasan saintifik mengenai fungsi air dalam pembinaan piramid, yang pada asalnya hanya berkaitan dengan pembasuhan lantai pasir.

Asal Usul Iblis/Lucifer


   Diriwayatkn, beribu-ribu tahun sebelum adanya manusia, bumi ini sudah dihuni oleh sejenis makhluk dari golongan Jin, mereka dibezakan antara laki-laki dan perempuan. Di antara mereka ada yang beribadah dan ada yang tidak, walaupun Allah mewajibkan mereka beribadah menyembahNya.
Allah SWT. berfirman, “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKu.” (QS. Adz-Dzariyaat: 56 )
   Di antara sekian banyak keturunan jin, ada seorang yang bernama Azazil. Azazil adalah Jin yang paling taat kepada Allah. Berbeza dengan manusia, jin mampu berumur sampai ribuan, bahkan puluhan ribu tahun, begitu juga dengan Azazil. Ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun di bumi. Kemudian atas permintaannya ia dipindahkan oleh Allah ke langit pertama. Di situ ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun juga. Lalu ia dipindahkan ke langit seterusnya, sampai langit ke tujuh. Di masing-masing tingkatan langit, ia beribadah kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Jadi Azazil beribadah kepada Allah selama 8000 tahun.
   Kerana ketaatan dan pengabdiannya, Allah mengangkatnya ke darjat Al-Muqarrabun, iaitu darjat tertinggi di sisi Allah. Lebih dari itu, Allah menobatkan Azazil sebagai imam kepada para malaikat yang berkedudukan di langit. Ini menjadikan, apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam kepada para malaikat yang memimpin malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah. Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :-
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
     Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
    Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
   Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam kepada para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Selain itu ia juga merasa bahawa dirinya makhluk yang lebih dulu diciptakan, lebih lama dalam beribadah dan lebih tinggi martabatnya dibandingkan Nabi Adam yang baru diciptakan Allah swt. Kesombongan dan rasa iri hati itulah sebenarnya penyebab utama mengapa Azazil membangkang perintah Allah swt.
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
   Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi kerana merasakan ia lebih mulia ekoran ia dijadikan daripada api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Kerana pembangkangannya itu, akhirnya ia terusir dari syurga dan namanya diubah kepada IBLIS. Sebelum meninggalkan syurga, iblis sempat bersumpah akan mengganggu dan menggoda anak keturunan Adam sampai hari kiamat.


Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
   Kita tengok kembali bagaimana Al Qur’an menggambarkan kisah pasangan Adam dan Hawa di syurga. Mereka bebas menikmati dan menggunakan segala keistimewaan syurga kecuali makanan buah khuldi. Ternyata satu-satunya larangan Allah itulah yang dimanfaatkan oleh iblis untuk menyesatkan Adam dan Hawa. Sesuai dengan sumpahnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa dan keturunannya, maka iblis sekuat tenaga merayu dan membujuk Adam dan Hawa agar melanggar larangan yang Allah tetapkan bagi mereka. Dengan usaha yang keras dan tidak kenal menyerah, akhirnya Adam dan Hawa tergoda juga mendengar rayuan iblis. Meskipun hanya satu larangan yang ditetapkan Allah bagi mereka, tetapi ternyata satu larangan itu membuat mereka penasaran. Apalagi rayuan iblis yang tidak kenal menyerah. Mereka pun memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah swt. itu. Akibatnya, Allah pun mengeluarkan mereka dari syurga dan menurunkan ke dunia.
Firman Allah, “maka syaitan (iblis) menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) maka dikeluarkanlah mereka dari tempatnya (surga). Dan kami berfirman, “Turunlah kalian. Sebagian kamu adalah musuh bagi sebagian yang lain. Dan bagi kalian ada tempat kediaman dan kesenangan sementara di muka bumi.” (QS. Al Baqarah: 36)
   Sebenarnya, Adam, Hawa, para malaikat, dan iblis sudah mengetahui suatu saat Adam dan Hawa akan diturunkan ke bumi, mengingat Adam akan diangkat menjadi khalifah di bumi. Hanya saja, mereka tidak mengetahui akan saatnya. Hanya Allah saja yang mengetahui. Itulah sebabnya ketika iblis diusir dari syurga kerana pembangkangan perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, ia secara sembunyi-sembunyi menyusup ke dalam syurga berusaha memperdayai Adam dan Hawa agar menderhakai Allah. Kerja keras iblis tidak sia-sia, Adam dan Hawa terpedaya dibuatnya, sehingga mereka diturunkan ke bumi. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharram, malam hari, seiringan dengan iblis yang juga diturunkan ke bumi. Dengan cucuran air mata kerana sedih, Adam dan Hawa terpaksa menjalani hukuman itu.
   Oleh Jibril, Adam diturunkan di bukit Ruhun di Surandib, pulau Sailan. Sedangkan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka harus menghadapi lingkungan baru yang serba asing dan sulit, jauh dari kenikmatan syurga yang pernah mereka diami. Diriwayatkan, sejak mereka diturunkan dari syurga, selama hampir seratus tahun mereka tidak bertemu. Tetapi Allah kemudian mengutus malaikat Jibril memerintahkan Adam dan Hawa melakukan ibadah haji. Setelah keduanya melakukan thawaf tujuh kali, mereka menyatakan bertaubat kepada Allah, dan Allah mengampuni dosa mereka. Setelah melaksanakan ibadah haji, atas petunjuk malaikat Jibril, Nabi Adam melakukan perjalanan jauh ke Jeddah untuk menemui Hawa. Berbulan-bulan Adam menyusuri padang, lembah dan bukit, sampai akhirnya bertemu dengan Hawa di sebuah padang yang kemudian dinamakan Padang Arafah, artinya mengenal kembali. Nabi Adam menceritakan kepada Hawa bahawa Allah, melalui malaikat Jibril, mewajibkan mereka melaksanakan Thawaf iaitu mengelilingi Hajar Aswad sebanyak tujuh kali. Dan untuk mendirikan tempat ibadah, Allah memerintahkan Jibril mengambil batu hitam di syurga untuk mendirikan Ka’bah.

   Dengan bantuan para malaikat, Adam dan Hawa membangun tempat ibadah dan masjid yang bernama Baitul Makmur. Setelah berdiri dengan gagahnya, di tengah masjid tersebut diletakkan Hajar Aswad. Kemudian Adam dan Hawa bertawaf. Inilah masjid pertama yang berdiri dimuka bumi itu. Tetapi, pada zaman Nabi Nuh as. masjid Baitul Makmur tersebut telah terkena serangan angin taufan, sehingga ia dipindahkan ke langit ketujuh. Di tempat itu, masjid Baitul Makmur dijadikan kiblat bagi para malaikat. Ketika Nabi Muhammad saw melakukan mi’raj, baginda sempat menjadi imam kepada para malaikat pada waktu solat di masjid tersebut. Setelah bertemu di Padang Arafah, dan menunaikan ibadah haji, Adam dan Hawa hidup dalam lingkungan rumah tangga sebagai suami isteri. Mereka menurunkan beberapa anak yang menyebar ke segala penjuru dunia, sehingga kini kita kenal berbagai bangsa dan suku... Wallahualam

UFO 1

      Segala persoalan sama ada wujudnya makhluk pintar selain manusia di alam semesta ini, telah mencetuskan pelbagai misteri akan kewujudannya.. Sesetengah dari kita percaya bahawa memang terdapat hidupan pintar selain manusia yang mendiami planet-planet lain di seluruh alam semesta yang teramat luas ini selain daripada Bumi. Namun yang menjadi tanda tanyanya, apakah mereka betul-betul wujud??


     Terdapat ramai juga yang berpendapat dan percaya bahawa makhluk dari planet lain itu sebenarnya sudah lama sampai dan berlegar-legar di Bumi sejak ribuan bahkan jutaan tahun lalu tetapi sampai sekarang kewujudan mereka masih belum ditemui secara langsung oleh manusia. Namun kewujudan mereka sering dikaitkan dengan pelbagai laporan kenampakan pesawat mereka yang digelar sebagai Unidentified Flying Object (UFO), yang terbang di pelbagai tempat di Bumi.































































  Persoalan kepada kewujudan makhluk asing yang turut digelar sebagai ET (Extraterrestrial life) atau alien, telah menyebabkan ramai penyelidik tampil melakukan pelbagai kajian mengikut bidang dikenali sebagai astrobiology, exobiology dan xinobiology bagi mencari jawapan kepada misteri tersebut. Namun sehingga kini tidak banyak bukti kukuh yang ditemui dan hanya pelbagai teori yang mampu dikemukakan. 

  Para pengkaji makhluk asing berpendapat bahawa kehidupan dari angkasa luar itu memiliki pelbagai jenis bentuk, yakni daripada jasad berbentuk solid seperti manusia sehinggalah kepada hidupan seni seperti bakteria. Mereka dikatakan datang dari planet lain sama ada planet jiran seperti Marikh dan Zuhrah ataupun juga galaksi lain di luar sistem solar kita. Namun apakah tujuan kedatangan mereka??? Ada sesetengah pengkaji berpendapat mereka ingin menyerang dan memusnahkan manusia, mencari kediaman baru selepas planet asal mereka musnah, melakukan kajian malah ada yang berpendapat mereka datang sekadar untuk berziarah.. Ada juga yang mendakwa mereka sudahpun mengadakan hubungan diplomatik dengan manusia menerusi pihak atau kerajaan negara tertentu (ramai menganggap Amerika syarikat) tetapi perkara itu dirahsiakan daripada penduduk umum. Namun sejauh manakah kebenaran ini???  



  Sebelum mengulas isu ini dengan lebih jauh eloklah kita menelitinya juga dari segi keagamaan khususnya pandangan dari sudut ajaran Islam. Memang benar agama Islam tidak pernah menceritakan akan kewujudan makhluk asing.. Dalam Al-Quran diberitakan kepada kita Allah swt telah menjadikan tiga hidupan (selain haiwan) iaitu manusia yang dijadikan dari tanah, malaikat yang dijadikan dari cahaya dan jin yang dijadikan dari api. Namun di dalam surah Asy-Syuura 42 : 29 jelas menyatakan sebagaimana berikut :- 

                  (وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَابَّةٍ وَهُوَ عَلَى جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاء قَدِيرٌ) (الشورى:29)
Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.

     Dalam ayat tersebut jelas menyatakan selain di Bumi, terdapat juga makhluk di langit.. apakah langit ini merujuk kepada langit biru yang kita nampak ini dan makhluk yang dinyatakan itu adalah burung-burung yang berterbangan??? Sudah tentulah TIDAK.. Mengikut pendapat pentafsir, perkataan langit itu bukanlah merujuk kepada langit biru tetapi ianya merujuk kepada ruang angkasa.. Jadi makhluk apakah yang dimaksudkan tinggal di langit itu (ruang angkasa)??  Apakah ia merujuk kepada para Malaikat??  Sebahagian ulama mengatakan bahawa lafaz daabbah (makhluk melata) menunjukkan bahawa itu merupakan makhluk-makhluk SELAIN daripada malaikat karena Allah Azza wa Jalla membezakan antara makhluk yang melata itu dengan malaikat dan menyebutkannya di dalam firman-Nya:
                                (وَلِلّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَالْمَلآئِكَةُ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ) (النحل:49)
Dan kepada Allah sajalah bersujud segala makhluk melata yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) Para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri (QS An-Nahl 16 : 49)

    Jadi merujuk kepada ayat-ayat di atas sebagai seorang muslim amat tidak wajar jika kita menolak mentah-mentah akan kewujudan makhluk lain kerana ilmu pengetahuan yang kita miliki amatlah terbatas dan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui Segala-galanya..